SMK JENGKA PUSAT

SMK JENGKA PUSAT

Friday 22 February 2013

LOGO DAN BENDERA






 Bahagian atas logo JBPM, terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja JBPM.

Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel jabatan yang memberikan perkhidmatan yang profesional.

Bunga padi melambangkan kuasa untuk melaksanakan Akta 341 dan juga kemakmuran negara.

Warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti (a golden service) kepada pelanggan.



Bendera JBPM terbahagi kepada 2 bahagian, 3 segi berwarna merah dengan logo jabatan, jalur kuning dan jalur biru dalam satu tiga segi yang lain.

Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi dikalangan anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara.

15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah jabatan bomba dan penyelamat negeri-negeri.

No comments:

Post a Comment